Senin, 14 Januari 2013

CInTA

Bismillahirrahmannirahim…
Assalamualaikum wbt dan apa khabar diucapkan kepada semua peminat dan pembaca laman web Tentang Cinta yang disayangi sekalian. Sedar tak sedar kita kini berada di tahun baru 2013. Syukur kepada Allah swt kerana memberikan kita peluang untuk bernafas dan merasai nikmat serta menjalani ujian di tahun yang baru ini.
Seperti biasa, apabila masuknya tahun baru kita akan menetapkan azam tahun baru kita. Ianya supaya kita dapat mempergunakan hidup yang kita ada ini dengan sebaik-baiknya dan melakukan perkara yang bermanfaat untuk diri kita dan orang lain.
Begitulah juga dengan Tentang Cinta. Kami di sini mempunyai beberapa matlamat yang ingin kami capai pada tahun ini. Di antaranya adalah,
Lancarkan ebook – InysaAllah jika diberikan kesempatan, kami akan melancarkan sebuah ebook pada tahun ini. Hampir 60% ebook itu telah pun disiapkan. Cuma masih tinggal beberapa bab yang perlu dimasukkan dan harap-harap ianya dapat dilancarkan dalam suku pertama tahun 2013 ini.
Sebulan satu artikel – Kami juga menetapkan akan sekurang-kurangnya menerbitkan satu artikel yang berkualiti untuk bacaan anda. Semoga perkongsian dan pengisian yang kami kongsikan dalam artikel itu nanti akan dapat meningkatkan lagi kasih sayang dan ikatan perhubungan anda dengan pasangan.

0 komentar:

Posting Komentar